Menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan PM dan Senator

Menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan PM dan Senator

Started
18 November 2018
Signatures: 313,739Next Goal: 500,000
Support now

Why this petition matters

Started by Aiman Haziq

Problem

Kami selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, latar belakang serta pendirian politik menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara atas sebab-sebab yang berikut:

1) Memburukkan imej Malaysia di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi dalam beberapa bentuk antaranya: perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam; rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

https://youtu.be/SGHYHMHwnRQ

2) Berkeras mahu meratifikasikan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan yang kuat daripada kaum Bumiputera

3) Gagal untuk mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial

4) Mempunyai latar belakang yang agak kontroversial seperti:

  • Pernah menyertai perhimpunan haram HINDRAF 2007
  • Pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Mempunyai kepentingan dengan pemimpin-pemimpin HINDRAF yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

5) Gagal untuk menyelesaikan isu tanah kuil di Seafield dengan menyeluruh atas kapasitinya sebagai Menteri Perpaduan Negara. Sebaliknya, beliau menyalahkan pihak polis dengan alasan kononnya pihak polis lambat mengawal rusuhan semasa kejadian terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/502294/menteri-ahli-parlimen-ph-dakwa-polis-lambat-kawal-rusuhan

Solution
Oleh yang demikian, kami menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Jabatan di Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama

 Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Support now
Signatures: 313,739Next Goal: 500,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code